Thursday, February 28, 2013
Monday, February 25, 2013
Konsep Bersuci
Konsep Bersuci (Wudu')
Konsep bersuci dalam Islam adalah wajib bagi setiap orang yang mukallaf dan menggambarkan ianya sebahagian daripada iman. Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh, pakaian dan tempat. Kita wajib bersuci dan menjaga kebersihan,
Firman Allah SWT yang bermaksud:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...."Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri". (al Baqarah :222 )
Bersuci dari segi bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada di dalam bentuk nyata seperti najis atau bentuk maknawi seperti perkara yang mengaibkan atau sifat sifat keji. Bersuci dengan air bererti bersih daripada kekotoran manakala bersuci daripada hasad bermaksud bebas daripadanya.
Bersuci dari segi syarak ialah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwudhu', mandi mengangkat hadas besar dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga tempat. Justeru Islam sangat mementingkan suci dan bersih lebih-lebih lagi pada ketika akan mendirikan solat
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat ( pada hal kamu berhadath kecil ), maka ( berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;... ( al-Maidah: 6 )
Tuesday, February 19, 2013
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
IBADAT
KONSEP FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
Mengenal Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Anda semua tentu sekali pernah mendengar tentang fardhu ain dan fardhu kifayah bukan? Ya, Tentu sekali pernah kerana ia diajar sejak kecil kerana ia adalah asas yang penting dalam sesuatu ibadah bagi Umat Islam. Sebelum kita melakukan sesuatu ibadah, kita hendaklah tahu akan ibadah tersebut dalam fardhu ain atau fardhu kifayah. Setiap umat Islam dipertanggunjawabkan untuk melaksanakan perkara-perkara yang dituntut dan difardhukan sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim.
solat lima waktu adalah contoh ibadah fardhu Ain
Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atai tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah.
Menguruskan jenazah pun fardhu kifayah, kalau tiada siapa yang pandai siapa yang nak uruskan jenazah Muslim?
|
Doktor pakar
Beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis fardhu ini, mungkin anda telah mengetahuinya namun saya cuba untuk senaraikan dengan ringkas. Fardhu Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah pula menjadi kewajipab secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (direct) dengan Allah S.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
Akibat meninggalkan Fardhu Ain
1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.
3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T
4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.
5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.
Akibat meninggalkan Fardhu Kifayah
1. Masyarakat Islam pasti akan mundur dan terkebelakang berbanding masyrakat lain dalam pelbagai bidang.
2. Kita ( Umat Islam) akan mudah ditipu, dipengaruhi dan dipermainkan oleh Umat lain.
3. Umat islam akan hidup dalam kemelaratan kerana tidak mahir dalam sesuatu bidang ilmu untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Penting ke Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah???
YA. SANGAT PENTING bagi kita umat Islam. Umat Islam yang mantap dalam fardhu ain pasti menjadi individu yang taat akan perintah Allah, berilmu dan beramal dengan fikiran yang positif dan rasional. Umat Islam juga akan peka dan lebih berdaya saing untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. kita juga akan menjadi contoh yang baik kepada Umat lain dalam kehidupan seharian disamping dapat menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia. Syiar Islam dapat ditegakkan dan kemajuan dalam negara akan bertambah dari masa ke semasa. Negara Islam akan disegani dan dihormati bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran yang ada.
Anda sendiri nampak akan kesan dan betapa pentingnya Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ini bukan? insyaAllah, sama-sama kita cuba terapkan dalam hidup kita sehari-harian.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
Untuk menambahkan ilmu pengetahuan marilah kita sama-sama membaca :
‘Iqra’ (bacalah) denqan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Paling Pemurah, sang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa sang tidak diketahuinya. (Q. Al ‘Alaq: 1-5)
jom teman-teman skalian tidak kira muda atau tua, kanak-kanak atau remaja marilah sama-sama memanfaatkan dengan amalan membaca.
Bab 2 Mencotohi Kepatuhan Malaikat
Bab 2 :MENCONTOHI KEPATUHAN MALAIKAT:
Kefahaman Ayat
surah al-Baqarah ayat 34-41
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ (٣٤)وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ (٣٥)فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ (٣٦)فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ (٣٧)قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (٣٨)وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَآ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ (٣٩)يَٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ (٤٠)وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)
Maksudnya :
§ Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat, "Tunduklah (berilah hormat) kpd Nabi Adam" Lalu mereka sekalian tunduk memberi hormat melainkan iblis, Ia enggan & takbur. Dan jadilah ia drpd golongan yg kafir(34)
§ Dan kami berfirman, " Wahai Adam ! Tinggallah engkau & isterimu dalam syurga & makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pokok ini. (Jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yg zalim (35)
§ Setelah itu maka Syaitan mengelincirkan mereka berdua dari syurga itu & menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada didalamnya dan kami berfirman, " Turunlah kamu ! sebahagian kamu menjadi musuh kpd sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga kesuatu masa (mati).(36)
§ Kemudia Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yg diamalkannya) , Lalu Allah menerima taubatnya, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ( penerima taubat) lagi amat Mengasihi (37)
§
|
v KETAATAN MALAIKAT & KEDERHAKAAN IBLIS
Dalam Surah Al Baqarah: ayat 34 Allah menjelaskan tentang ketaatan Malaikat & Keingkaran Iblis :
KETAATAN MALAIKAT
|
KEDERHAKAAN IBLIS
|
§ Malaikat merupakan makhluk yg sangat taat, menurut perintah Allah & tidak pernah mengabaikan tugasnya spt memerhati gerak geri manusia , mencatat amalan manusia,dll.
§ Ketaatan Malaikat kpd perintah Allah ialah : Apabila Allah merintahkan mrk tunduk memberi hormat kepada Adam, mereka segera mentaati perintah tersebut
|
§ Keengkaran Iblis kpd perintah Allah ialah : Apabila Allah perintahkan mereka tunduk hormat kepada Adam ,mereka dengaa rasa angkuh dan takkabur (sombong) enggan mematuhi perintah tersebut, kerana merasakan dirinya lebih mulia drpd Nabi Adam iaiatu dicipta drpd api, berbanding Nabi Adam drpd tanah
§ Lantas mereka dilaknati Allah & Mereka telah berjanji dihadapan Allah untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam hingga kiamat. Mereka sentiasa menghasut & menggoda manusia agar terjerumus ke lembah kemaksiatan & kesesatan ( Surah Shad : 82 bermaksud: "Iblis menjawab:"Demi kuat kuasa-Mu (Wahai tuhan) aku akan menyesatkan mereka semua "
|
v CARA MENGHINDARI TIPUDAYA SYAITAN
|
· Mentaati perintah Allah & menjauhi laranganNya
· Menunaikan solat dengan khusyuk
· Berdoa menghindarkan diri dari tipudaya syaitan
· Sentiasa nasihat menasihati pada perkara kebaikan
· Menghafaz , membaca & memehamiAl Quran
· Banyak melakukan ibadat / amalan-amalan sunat
|
o Keimanan yg kurang mantap terhadap Allah.
o Jahil & Cetek pengetahuan agama
o Terpengaruh dengan kawan-kawan yg suka melakukan maksiat
o Terpengaruh dgn kemewahan & keseronokan hidup di dunia
o Mengabaikan ajaran & cara hidup Islam dalam kehidupan
o Suka melakukan perkara munkar
|
v CIRI-CIRI ORG YANG TAAT & DERHAKA KPD ALLAH
|
v FAKTOR
MANUSIA TERPEDAYA DGN GODAAN SYAITAN
|
v CARA SYAITAN MEMPERDAYA MANUSIA
Ø Mendorong manusia supaya mensyirikkan Allah
Ø Menghasut manusia melanggar perintah Allah
Ø Melalaikan manusia drpd mengingati Allah & beribadat kpd Allah
Ø Membisikkan manusia melakukan kerja sia-sia
Ø Menggoda manusia supaya bermusuh-musuhan
Ø Mencampakkan dlm hati manusia perasaan was-was & ragu-ragu
|
CIRI-CIRI ORG YG TAAT KPD ALLAH
|
CIRI-CIRI ORG YG DERHAKA KPD ALLAH
|
§ Patuh & taat kpd segala perintah Allah
§ Istiqamah dalam melakukan ibadat kpd Allah
§ Mengamalkan akhlak yang mulia
§ Sentiasa mengingati Allah dgn membaca al-Quran, berzikir : bertasbih , bertahmid, beristighfar
§ Meninggalkan perkara sia-sia spt: mengambik dadah,pil khayal dll
§ Sentiasa Menambah & Mendalami ilmu
§ Sentiasa bertaubat
§ Memelihara maruah diri, keluarga & Negara
|
§ Ingkar dgn perintah Allah
§ Mengabaikan & meninggalkan ibadat-ibadat fardu
§ Bersifat dengan sifat tercela & keji
§ Lalai & Cuai dalam mengingati Allah
§ Suka melakukan perkara sia-sia
|
v SYARAT-SYARAT TAUBAT
| |
|
Sesal
Henti
Azam
Maaf
|
Perhatian :
- Manusia hendaklan SEGERA bertaubat jika melakukan kesalahan / dosa kepada Allah atau kepada sesama manusia
- Allah mengampunkan semua dosa kecuali SYIRIK
- Taubat ialah : Menyesal atas kesalahan atau dosa yang dilakukan, berhenti dari melakukan kesalahan tersebut, berazam tidak akan mengulanginya lagi serta memohon ampun dari Allah
1. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Allah
2. Kita hendaklah sentiasa berusaha menjauhkan diri dari tipudaya syaitan
3. Orang yg berjaya mengatasi tipudaya syaitan akan selamat dunia & akhirat
4. Kita hendaklah segera bertaubat dari kesalahan dan dosa yang dilakukan
|
v PENGAJARAN AYAT
|
Subscribe to:
Posts (Atom)