Wednesday, March 13, 2013

Pendidikan Islam Tingkatan 1

Mari Belajar Bersolat
Kepada mereka-mereka di sana, 
   Adakah solat kita sudah sempurna ?
   Adakah kita pernah bertanya kepada diri sendiri, solat kita yang didirikan lima waktu sehari  
   semalam diterima oleh Allah?
   Adakah solat yang kita lakukan mencegah daripada perbuatan mungkar ? Sekiranya tidak
   adakah ada kecacatan pada solat yang kita lakukan?

   Mari sama-sama kita bermuhasabah diri masing-masing

video
     Hayati video ini untuk pembelajaran solat

Sunday, March 10, 2013

Syarat-Syarat Wajib Solat

Syarat-Syarat Wajib Solat
1. Islam – tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas

Syarat –Syarat Sah Solat
1. Yakin masuk waktu solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
3. Suci drp hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Mengadap kiblat





Perkara Yang Membatalkan Solat
1. Meninggalkan salah satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar.
4. Terkena najis pada pakaian @ badan.
5. Terbuka aurat dgn sengaja.
6. Ketawa mengeluarkan suara.
7. Berubah niat.
8. Makan @ minum dgn sengaja.
9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
10. Berpaling dada dari arah kiblat.
11. Murtad.


Rukun-rukun Solat



Pendidikan Islam Tingkatan 1
Rukun Solat
  1. Niat 
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut

Waktu-waktu Solat Fardhu

Pendidikan Islam Tingkatan 1
Waktu-waktu Solat Fardhu

Bil
Solat
Waktu Masuk
Waktu Akhir

1
Zuhur
Gelincir matahari ke arah barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur

Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya
 
2
Asar
Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya

Terbenamnya seluruh bulatan matahari
3
Maghrib
Terbenamnya seluruh bulatan matahari

Hilang cahaya merah di kaki langit
 
4
Isya
Hilang cahaya merah di kaki langit

Terbit fajar sadiq
5
Subuh
Terbit fajar sadiq

Terbit matahari