RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
TAJUK : IBADAH SOLAT FARDHU

Mata pelajaran                     : Pendidikan Islam ( Ibadah )
Kelas                                      : Tingkatan 1 Yaman
Tarikh / Hari                          : 18 MAC 2013 /  ISNIN
Masa                                      : 10.20 – 11.00 pagi ( 40 minit )
Bil. Pelajar                            : 35 orang
Tajuk                                      : Ibadah Solat Fardhu
Bidang pembelajaran          : Menyatakan rukun solat

Kecergasan                                        :  Kecergasan kinesthetik

Objektif pembelajaran        : Mengetahui konsep rukun solat
Penerapan Nilai                    : Kerjasama, Bertakwa , taat dan berdisiplin
Hasil pembelajaran              : Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
      :
a)      Menyatakan pengertian  rukun solat
b)      Menyenaraikan rukun solat mengikut urutan.
c)      Mengkelaskan rukun-rukun solat mengikut bahagian.

Konsep utama           : Konsep rukun dimulai dengan niat dan disudahi dengan tertib
Bahan/ Peralatan/     : 1. Gambar orang bersolat
Bahan Sumber              2. Pemancar LCD (Lcd Projektor)
                           3. Papan putih/marker pen
                           4.  Buku teks , Lembaran kerja
Pengetahuan               : 1. Murid pernah menunaikan solat lima waktu.
sedia ada                          

Fasa /
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
BBB
Kaedah
Penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit )
1. Gambar orang bersolat

1.Guru memberi salam dan meminta murid membaca doa.
1. Guru menunjukkan gambar orang solat dan bersoal-jawab tentang gambar.
1.Murid menjawab salam dan membaca doa.
2.Murid respon tentang gambar dan soalan yang dikemukakan.
Gambar, LCD projektor
Pemerhatian terhadap gambar

Pengenalan
 ( 15 minit )


1. Pengertian Rukun :
Rukun ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.

Maksud rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat

2.Pembahagian rukun-rukun solat
-rukun qolbi
-rukun qauli
-rukun fi’li


1. Guru mempamerkan slaid powerpoint dan menerangkan mengenai maksud rukun solat

2.Guru meminta murid menyenaraikan  rukun solat dalam kumpulan berdasarkan slaid power point





1. Murid membaca pengertian rukun secara kelas dan individu.

2. Murid menyenaraikan rukun solat dalam kumpulan

.





Laptop, LCD Projektor

Pemerhatian terhadap slaid powerpoint
Perkembangann ( 10 minit )
Menyatakan perbuatan rukun solat  dan bilangan rukun solat
1.Guru menayangkan  video mengenai aktiviti solat
2. Guru meminta murid menyebut rukun solat
3. Guru meminta murid meakukan aktiviti solat
1. Murid
melihat video aktiviti solat
2. Murid menyebut rukun solat iaitu 13 rukun solat
3. Murid melakonkan aktiviti solat mengikut rukun solat
Laptop, LCD Projektor, sejadah
Pemerhatian terhadap video, mendengar dan melakonkan solat
Pengukuhan
( 5 minit )
1.Pembahagian rukun solat.

2.Bacaan dalam solat
1.Guru meminta murid  membaca bacaan dalam solat mengikut tertib
Contohnya bacaan niat, rukuk, Fatihah,sujud ,tahiyyat awal.
2.Guru menyoal murid tentang
pembahagian solat berdasar-kan bacaan ramai.
1.Murid membaca bacaan dalam solat mengikut tertib secara beramai-ramai.
2.Murid menjawab soalan secara individu.
Buku teks
Pemerhatian terhadap kemahiran mendengar dan membaca
Penutup
( 5 minit )
Aktiviti individu
-Melengkapkan pengertian rukun dan bilangan rukun
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid..
2. Guru memeriksa kerja murid.

1. Murid menjawab soalan.
2. Murid menyerahkan jawapan kepada guru
Buku latihan
Aktiviti menjawab soalan



Refleksi :
1.      90 % orang murid dapat menjawab lembaran kerja mengenai pengertian rukun dan  
      bilangan  rukun
2.      10 % orang murid masih keliru membezakan pengertian rukun dan susunan rukun mengikut tertib

No comments:

Post a Comment