Monday, February 25, 2013

Konsep Bersuci

Konsep Bersuci (Wudu')

Konsep bersuci dalam Islam adalah wajib bagi setiap orang yang mukallaf dan menggambarkan ianya sebahagian daripada iman. Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis daripada tubuh, pakaian dan tempat. Kita wajib bersuci dan menjaga kebersihan,
Firman Allah SWT yang bermaksud:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

...."Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan
mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri". (al Baqarah :222 )

Hadis Rasulullah SAW mengenai bersuci yang bermaksud: "Bersuci adalah antara ciri-ciri keimanan". ( Riwayat Muslim)

Bersuci dari segi bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada di dalam bentuk nyata seperti najis atau bentuk maknawi seperti perkara yang mengaibkan atau sifat sifat keji. Bersuci dengan air bererti bersih daripada kekotoran manakala bersuci daripada hasad bermaksud bebas daripadanya.
Bersuci dari segi syarak ialah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwudhu', mandi mengangkat hadas besar dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga tempat. Justeru Islam sangat mementingkan suci dan bersih lebih-lebih lagi pada ketika akan mendirikan solat


Firman Allah SWT:
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat ( pada hal kamu berhadath kecil ), maka ( berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;... ( al-Maidah: 6 )

2 comments: