Tuesday, March 5, 2013

Rukun-rukun wuduk



Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:
  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib
 Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)
Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk
Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

5 comments:

  1. Cikgu.Kalau x buat rukun wuduk , x sah ke wuduK?

    ReplyDelete
  2. Cikgu. saya tgok ramai rakan2 saya mengambil wuduk sambil lewa. Ramai yang tidak sempurna.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni ramai yang wuduk x sempurna,so tak tau la cam mana ngan solat....

    ReplyDelete