Tuesday, March 5, 2013

Sunat-sunat Wuduk



Sunat adalah amalan yang digalakkan melakukannya bagi beroleh lebih pahala. Apakah perkara sunat yang kita dapat lakukan ketika proses wuduk? Jom tengok ramai-ramai..

Sebelum Berwuduk

  • Bersugi/memberus gigi yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w.

  •  Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk.

Semasa Berwuduk


  • Melebihkan basuhan pada setiap anggota wuduk
  • Berkumur-kumur


  • Istinshaq (memasukkan air ke dalam hidung) atau istinshar (menyedut air ke dalam hidung) kemudian dihembus keluar.

  • Menyapu semua pada bahagian kepala

  • Membasuh kedua-dua belah telinga

  • Menyelat celahan seperti celahan jari, misai dan janggut (jika ada). Menjadi wajib menyelati jika bagi yang misai dan janggutnya yang nipis. Juga wajib (tanpa kecuali) jika misai dan janggut ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat.

  • Mendahulukan membasuh anggota kanan dari anggota kiri.

  • Menghadap kiblat ketika berwuduk (mazhab Hanafi dan Maliki)

  • Membasuh dan menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali

  • Menggosok-gosok secara lembut anggota wuduk

  • Bersederhana menggunakan air ketika berwuduk

  • Tidak bercakap-cakap semasa berwuduk


Selepas Wuduk

  • Berdoa. Doa selepas mengambil wuduk  

Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.

  • Solat dua rakaat selepas berwuduk.

Maka , seharian kita perlulah mengutamakan perkara yang wajib DAN memperbanyakkan amalan sunat

4 comments:

  1. Cikgu. kalu nak cepat, x mahu buat yang sunat.macamane?

    ReplyDelete
  2. x dapat pahala sunat. perbanyakkan perbuatan sunat kerana pahala sunat dapat menampung kepada kecacatan perbuatan yang wajib

    ReplyDelete
  3. jangan plak yang sunat je buat..yang wajib x buat...ingat tuu...

    ReplyDelete
  4. Cikgu, kalau kita berwudhuk basuh kaki 4 kali macam mana? Dapat pahala lebih tak?

    ReplyDelete