Friday, March 8, 2013

Tajuk : Pendidikan Islam Tingkatan 1

Tajuk : Bab 21 Solat
Unit 1 : Menyatakan pengertian solat pada bahasa dan Istilah beserta Dalil
Unit 2 : Menerangkan hukum menunaikan solat fardhu dan hukum menunaikan solat
Unit 3 : Menjelaskan waktu-waktu solat fardhu
Unit 4 : Menghuraikan syarat wajib dan syarat sah solat
Unit 5 : Menjelaskan rukun solat satu persatu

Tuesday, March 5, 2013

Sunat-sunat Wuduk



Sunat adalah amalan yang digalakkan melakukannya bagi beroleh lebih pahala. Apakah perkara sunat yang kita dapat lakukan ketika proses wuduk? Jom tengok ramai-ramai..

Sebelum Berwuduk

  • Bersugi/memberus gigi yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w.

  •  Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk.

Semasa Berwuduk


  • Melebihkan basuhan pada setiap anggota wuduk
  • Berkumur-kumur


  • Istinshaq (memasukkan air ke dalam hidung) atau istinshar (menyedut air ke dalam hidung) kemudian dihembus keluar.

  • Menyapu semua pada bahagian kepala

  • Membasuh kedua-dua belah telinga

  • Menyelat celahan seperti celahan jari, misai dan janggut (jika ada). Menjadi wajib menyelati jika bagi yang misai dan janggutnya yang nipis. Juga wajib (tanpa kecuali) jika misai dan janggut ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat.

  • Mendahulukan membasuh anggota kanan dari anggota kiri.

  • Menghadap kiblat ketika berwuduk (mazhab Hanafi dan Maliki)

  • Membasuh dan menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali

  • Menggosok-gosok secara lembut anggota wuduk

  • Bersederhana menggunakan air ketika berwuduk

  • Tidak bercakap-cakap semasa berwuduk


Selepas Wuduk

  • Berdoa. Doa selepas mengambil wuduk  

Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.

  • Solat dua rakaat selepas berwuduk.

Maka , seharian kita perlulah mengutamakan perkara yang wajib DAN memperbanyakkan amalan sunat

Mari menonton

Mengambil wuduk dengan cara yang betul
Hayati video ini

Rukun-rukun wuduk



Menurut Mazhab Syafie
Fardu/Rukun wuduk ada enam:
  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib
 Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan)
Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk
Menghadap ke arah Kiblat.
  • Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
  • Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
  • Berkumur atau bersugi.
  • Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  • Menyapu air ke kepala.
  • Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  • Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  • Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
  • Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  • Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  • Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
  • Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
  • Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  • Berjimat ketika menggunakan air.
  • Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
  • Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.

Berwuduk



Pengertian Wuduk
Wuduk dari segi syarak bermaksud menggunakan air yang bersih, suci lagi menyucikan, untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. ALLAH S.W.T berfirman:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.....................................” ( Al-Maidah, Ayat 6 ) 
                                                                              
 Sabda RASULULLAH S.A.W : "Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil) sebelum ia berwuduk." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)